Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad atau nama singkatannya Sekatarakyat telah ditubuhkan pada 23 September 1974. Sekatarakyat memulakan operasi di Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi, Kuala Lumpur dengan 3 orang warga kerja sahaja ketika itu.
Secara ringkasnya, perkembangan Sekatarakyat adalah seperti berikut :-
- 1980 – 1989
Merupakan peringkat permulaan, di mana Sekatarakyat hanya menjalankan aktiviti utamanya iaitu memberikan pembiayaan kepada anggota-anggotanya
- 1990 – 1999
Sekatarakyat terus berkembang dengan menjadi ejen insuran kepada syarikat-syarikat insuran dan mengendalikan insuran kepada peminjam-peminjam Bank Rakyat. Pada masa ini juga, pinjaman secara konvensional telah ditukar kepada pembiayaan yang mengikut garis panduan Syariah. Pada tempoh ini warga kerja Sekatarakyat juga telah bertambah kepada 13 orang dan mula menggunakan sistem berkomputer bagi sistem perakaunan dan keanggotaannya.
- 2000 SEHINGGA KINI
Penambahbaikan secara berterusan terus dilaksanakan bagi memantapkan operasi harian Sekatarakyat. Sekatarakyat juga telah menceburi bidang-bidang perniagaan baru bagi menambahkan hasil pendapatannya.
Di antara bidang-bidang perniagaan baru tersebut adalah seperti menjalankan kontrak pembersihan di cawangan-cawangan Bank Rakyat, membeli bangunan untuk disewakan, mengambil alih pengurusan operasi harian Kafeteria Sekatarakyat yang terletak di Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi dan Medan Selera di Menara Kembar Bank Rakyat, membuka Kedai Sekatarakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, membuka perniagaan Ar-Rahnu di bawah konsep franchais Ar-Rahnu X’Change di 16 cawangan iaitu di Jalan Othman, Sungai Besi, Selaseh, Hulu Langat, Bandar Kinrara, Seremban 2, Kota Kemuning, Dengkil, Port Klang, Ampang Triangle, Pasar Borong, Bandar Melawati, Dataran Otomobil, Mantin, Puncak Alam dan Sri Rampai di samping perniagaan-perniagaan lain yang terus menyumbang bagi meningkatkan pendapatan Sekatarakyat.
Sekatarakyat juga telah menceburi bidang pelaburan projek hartanah dengan menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat hartanah terkemuka iaitu Mainstay Development Sdn. Bhd. (kini dikenali sebagai Pembinaan Tetap Teguh (PTT) Synergy Group Berhad dengan membangunakan 19 unit banglo yang diberi nama Sekata Vista di samping membangunkan 107 unit rumah teres dua tingkat yang diberi nama Taman Saujana Sekata dan 47 unit apartment mampu milik yang diberi nama Pangsapuri Saujana Sekata Selangorku. Kesemua projek hartanah ini bertempat di Mukim Dengkil.
Hasil kejayaan tersebut, Sekatarakyat meneruskan usaha beberapa pelaburan projek hartanah yang masih dalam pembangunan seperti yang berikut :-
- Projek Perumahan Taman Irma Sekata, Salak Tinggi, Sepang.
– (Kerjasama dengan IRMA Worldwide SDN BHD) - Projek Perumahan Taman Sekata Mawar, Seremban.
– (Kerjasama dengan PTT Synergy Group Berhad) - Projek Perindustrian Elmina, Shah Alam
– (Kerjasama dengan PTT Synergy Group Berhad) - Projek Perindustrian Pontian
– (Kerjasama dengan PTT Synergy Group Berhad) - Projek Perumahan Villa Bukit Negeri
– (Kerjasama dengan GME SDN BHD)
Demi mencapai kejayan berterusan, Sekatarakyat mengambil peluang yang ada dengan menceburi bidang perniagaan Taman Asuhan Kanan-Kanak (Taska) dengan mendapat sokongan daripada Bank Rakyat sepenuhnya.
Selain itu, Sekatarakyat juga telah menceburi perniagaan rumah rehat iaitu penyewaan di Sekata Apartment (32 unit di Tingkat 4 & 5) di Ringlet, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.
Malah, Sekatarakyat juga telah menceburi perniagaan penyediaan bilik mesyuarat / latihan / seminar yang diberi nama Sekata Makmur di samping Sekata Farmasi dan Kenny Rogers Roasters di Ringlet, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.
Sekatarakyat sentiasa merancang pelan strategik dengan merebut peluang-peluang perniagaan yang baik dan berpotensi untuk meningkatkan pencapaian dan mengekalkan kelestarian demi kepentingan anggota-anggotanya.