Home » Kebajikan

Kebajikan

Kemudahan ini diberikan kepada anggota-anggota Sekatarakyat berkuatkuasa mulai 22 Jun 2002. Kemudahan ini merupakan sumbangan Sekatarakyat atas kehilangan anggota keluarga ataupun bencana yang dihadapi. Walaupun jumlah yang disumbangkan mungkin tidak dapat menggantikan kehilangan yang dialami, namun ianya diharapkan dapat membantu dalam menghadapi masa-masa yang sukar.

Sumbangan tunai yang diberikan adalah mengikut kategori yang berikut:

  1. Khairat kematian
    Anggota RM1000
    Pasangan RM500
    Anak Kandung RM500
    Ibu Bapa Kandung RM500
    Ibu Bapa Mentua RM300
  2. Kebakaran rumah: RM1,000.00
  3. Banjir: RM1,000.00
  4. Kediaman musnah akibat tanah runtuh: RM1,000.00
  5. Lain-lain bencana: RM100.00

Saguhati ini diberikan kepada anak-anak anggota yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Saguhati ini diharapkan menjadi pendorong kepada mereka supaya meneruskan usaha dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Setiap orang anak yang layak akan menerima wang tunai sebanyak RM500.00.

Sekatarakyat menyediakan perkhidmatan perniagaan takaful kenderaan yang memberikan potongan harga sebanyak 5% kepada anggota yang melaksanakan bayaran secara tunai. Sekatarakyat juga menawarkan kaedah bayaran balik melalui potongan gaji bagi takaful yang tidak melebihi RM2,000.00 setahun.

Kemudahan Pinjaman Naik Sekolah yang berkonsepkan Qardhul Hassan sebanyak RM500.00 bagi seorang anak dengan maksimum pembiayaan sebanyak RM2,000.00 ditawarkan kepada anggota-anggota tanpa mengambil sebarang keuntungan bagi membantu anggota dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak di awal tahun.

Program ini dianjurkan setiap bulan di Surau Al-Barakah, Tingkat 4, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat. Program ini dijalankan dengan kerjasama Surau Al-Barakah. Program ini diadakan bertujuan untuk mengingati anggota, ahli keluarga anggota yang telah ke rahmatullah di samping melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin, Tahlil dan solat fardhu Zuhur secara berjemaah.