Home » Perniagaan » Taska Nuri

Taska Nuri

Aktiviti perniagaan taska yang terletak di Menara Berkembar Bank Rakyat merupakan pusat penjagaan kanak – kanak yang sangat mementingkan perkembangan dari segi kesihatan, kecerdasan fizikal, sosioemosi, pertumbuhan jasmani dan rohani kanak – kanak yang seimbang.

Perniagaan ini merupakan aktiviti kebajikan kepada anggota – anggota Sekatarakyat. Selain daripada menjaga kanak – kanak, Taska Nuri juga menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Sambutan Hari Lahir Kanak – kanak yang diadakan setiap 3 bulan sekali.

Selain daripada Sambutan Hari Jadi Kanak – kanak, Taska Nuri juga mengadakan Sambutan Hari Ibubapa, Hari Guru, Hari kemerdekaan, Maulidur Rasul dan sebagainya.

Setiap hujung tahun, Taska Nuri akan mengadakan ‘Farewell Party’ untuk meraikan kanak – kanak yang akan memasuki alam tadika.

Sehingga ini Taska Nuri mempunyai 19 orang warga kerja dan seramai 94 orang kanak-kanak.