Sekata Makmur mula dibuka sepenuhnya pada 20 Mac 2022, Ahad.
Sekata Makmur mempunyai 24 unit (12 unit bahagian bawah dan 12 unit di bahagian atas) yang bertempat di Jalan ODP 12, Taman Orchid Deluxe, Mukim Ringlet, Cameron Highlands.
Bangunan ini telah diubahsuai bagi menyediakan penyewaan bilik mesyuarat, bilik persidangan, dewan serbaguna dan kemudahan kolam renang di Ringlet dan kawasan sekitar Cameron Highlands.
Kemudahan ini disediakan khusus kepada ahli anggota koperasi dan juga terbuka kepada orang ramai, jabatan kerajaan dan swasta untuk menggunakan fasiliti di Sekata Makmur ini.