Skip to content

SEKATA APARTMENT

Rumah penginapan 32 unit berbentuk apartment telah mula beroperasi pada 16 Ogos 2017.  Terletak di Ringlet, Cameron Highlands ianya telah dijadikan sebagai kemudahan penginapan bagi Anggota Sekatarakyat, kakitangan Bank Rakyat, wargakerja Sekatarakyat serta disewakan kepada orang awam.

Kaedah pemasaran adalah melalui media sosial Facebook, Instagram, pemberian baucar diskaun 50% bagi acara dan aktiviti anjuran Sekatarakyat serta edaran pamplet kepada seluruh koperasi seluruh Malaysia dan orang awam.

Tempahan Sekata Apartment oleh dibuat melalui laman web, tempahan online di Booking.com, Agoda, Traveloka dan Airbnb. Komen dan penilaian yang diberikan oleh pelanggan terutamanya melalui Booking.com menilai 8.7% daripada 10%.

Perniagaan sewaan Sekata di Cameron Highland ini mempunyai potensi dan pulangan yang sangat baik. Apartment ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anggota Sekatarakyat, pelancong tempatan dan dari luar negara.

Sekata apartment ini dibahagikan kepada 2 jenis unit iaitu Unit Standard (RM 280) dan Unit Premium (RM 380) tidak termasuk lain-lain caj.  Potongan harga diberikan tertakluk kepada perkara-perkara seperti yang berikut:

Para anggota yang ingin melihat dengan lebih lanjut berkenaan Sekata Apartment boleh melihat di pautan – https://www.sekataapartment.com.my/