Home » Sejarah Koperasi

Sejarah Koperasi

Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad atau lebih dikenali sebagai Sekatarakyat telah ditubuhkan pada 23 September 1974. Sekatarakyat memulakan operasi di Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi, Kuala Lumpur dengan 3 orang wargakerja sahaja ketika itu.

Secara ringkasnya, perkembangan Sekatarakyat adalah seperti berikut :-

Merupakan peringkat permulaan, di mana Sekatarakyat hanya menjalankan aktiviti utamanya iaitu memberi pembiayaan kepada anggota-anggota.

Sekatarakyat terus berkembang dengan menjadi ejen insuran kepada syarikat-syarikat insuran dan mengendalikan insuran kepada peminjam-peminjam Bank Rakyat. Pada masa ini juga, pinjaman secara konvensional telah ditukar kepada pembiayaan yang mengikut garis panduan syariah. Pada tempoh ini wargakerja Sekatarakyat juga telah bertambah kepada 13 orang dan mula menggunakan sistem berkomputer bagi sistem perakaunan dan keanggotaannya.

Penambahbaikan secara berterusan terus dilaksanakan bagi memantapkan operasi harian Sekatarakyat. Sekatarakyat juga telah menceburi bidang-bidang perniagaan baru bagi menambahkan hasil pendapatannya.

Di antara bidang-bidang perniagaan baru tersebut adalah seperti menjalankan kontrak pembersihan di cawangan-cawangan Bank Rakyat, membeli bangunan untuk disewakan, mengambil alih pengurusan operasi harian Kafeteria Sekatarakyat yang terletak di “drive in” Bank Rakyat, Jalan Tangsi, membuka Kedai Sekatarakyat, membuka perniagaan Ar-Rahnu di bawah franchais Ar-Rahnu X’Change di PJOT, Sungai Besi, Taman Selaseh, Hulu Langat, Bandar Kinrara, Seremban 2 dan Kota Kemuning di samping perniagaan-perniagaan lain yang terus menyumbang bagi meningkatkan pendapatan Sekatarakyat.

Penggunaan sistem secara talian terus online juga telah dimulakan bagi membolehkan anggota-anggota Sekatarakyat memohon pembiayaan dari mana-mana lokasi anggota bertugas tanpa memerlukan penghantaran borang permohonan secara manual kepada Sekatarakyat.