Skip to content

     Aktiviti pembiayaan kepada anggota masih kekal sebagai tunjang nadi kepada perniagaan Sekatarakyat. Sekatarakyat menawarkan pelbagai jenis pembiayaan kepada anggota dengan kadar keuntungan serendah 4.5%. Antara pembiayaan yang mendapat langganan tertinggi ialah Pembiayaan Peribadi, Skim Belian Plus dan Pembiayaan Peribadi Akaun 2.

     Pembiayaan Skim Belian Plus ditawarkan kepada anggota untuk membeli barangan seperti barangan elektrik, barangan komputer, telefon pintar, barangan kemas 916 dan yang terbaru pemasangan sistem tenaga solar yang ditawarkan bermula tahun 2019.

  1. Syarat
    • Pemohon mestilah seorang anggota SEKATARAKYAT yang telah disahkan jawatannya di Bank Rakyat atau subsidiari Bank Rakyat.
    • Pemohon telah mencarum yuran keahlian sebanyak TIGA (3) kali melalui potongan gaji anggota.
    • Tertakluk kepada peratus potongan gaji dibenarkan (49% kepada anggota yang tiada pembiayaan rumah dan 74% kepada yang mempunyai pembiayaan perumahan)
    • CCRIS diperlukan bagi anggota yang mempunyai jumlah keseluruhan pembiayaan melebihi RM100,000 (anggota perlu mengisi borang khas dengan membenarkan SEKATARAKYAT mencetak CCRIS).
    • Bayaran balik melalui potongan gaji sahaja (bayaran balik melalui potongan akuan tabungan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan).
    • Bagi mana-mana anggota yang berkhidmat kurang setahun, jumlah pembiayaan terhad kepada RM5,000 sahaja.
    • Bagi pembiayaan umrah atau kenderaan atau barangan serta Skim Belian Plus (SBP), sebutharga diperlukan.
    • Bagi pembiayaan naik sekolah, surat beranak atau salinan kad pengenalan atau kad matrik dan kad nikah (sekiranya pemohon ibu kepada anak) diperlukan.
    • Bagi pembiayaan deposit hartanah, bukti bayaran pendahuluan kepada pemaju diperlukan.
  2. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan
    • Salinan TIGA (3) bulan slip gaji terkini peminjam dan penjamin bagi permohonan pertama kali manakala permohonan kali kedua hanya SATU (1) bulan slip gaji terkini sahaja.
    • SATU (1) salinan kad pengenalan peminjam dan penjamin.
    • SATU (1) salinan surat pengesahan jawatan (Pembiayaan Kali Pertama)