Skip to content

MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN KUNCI PANGSAPURI SEKATA SELANGORKU

Assalamualaikum wbt,

Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Anggota-Anggota Sekatarakyat,

Dimaklumkan, Majlis Simbolik Penyerahan Kunci Pangsapuri Sekata Selangorku anjuran Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat) dan Mainstay Development Sdn. Bhd. (MDSB) telah diadakan pada 4 Disember 2021 (Sabtu) baru-baru ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan (Pengerusi Sekatarakyat)

Majlis ini turut disertai oleh :-

  1. Encik Jaafar Ahmad
    Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan (SKM WP),
  2. Teo Swee Phin
    Pengarah Urusan MDSB,
  3. Encik Mohamad Shahidan Haji Hashim
    Pengarah Commisioner of Building (COB) Majlis Perbandaran Sepang,
  4. Al Fadil Ustaz Mohd. Mawerdi Sairi
    Pengerusi Jawatankuasa Syariah Sekatarakyat,
  5. Wakil Bank-Bank Pembiaya (Bank Rakyat & Bank Mualamat Malaysia Berhad),
  6. Barisan Anggota Lembaga Pengarah Sekatarakyat,
  7. Para Pembeli Pangsapuri Sekata Selangorku yang diraikan.

Sekatarakyat sekali lagi menceburi bidang pembangunan hartanah dengan membeli tanah pertanian yang berkeluasan 493,970 kaki persegi dengan harga RM8 juta pada Februari 2016.

Tanah ini telah ditukar taraf kepada tanah kediaman dan kemudiannya membangunkan :-

  • 107 unit rumah teres dua tingkat yang dikenali sebagai Taman Saujana Sekata (dahulu dikenali sebagai Sekata Villa).
  • 47 unit rumah mampu milik yang dikenali sebagai Pangsapuri Sekata Selangorku (RSKU).

RUMAH TERES DUA TINGKAT TAMAN SAUJANA SEKATA (SEKATA VILLA)

  • Projek ini telah diberi nama Taman Saujana Sekata (dahulu dikenali sebagai Sekata Villa).
  • Majlis Pecah Tanah telah diadakan pada 18 April 2017.
  • Kerja-kerja bangunan telah dijalankan pada awal bulan Disember 2017.
  • Projek ini telah memperolehi Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (Certificed of Completion & Compliance (CCC)) pada 1 Julai 2020 daripada Majlis Perbandaran Sepang.
  • Projek ini turut menerima Pemilikan Kosong (Vacant Possession) pada pada 2 Julai 2020.
  • Rumah Teres Dua Tingkat ini berkeluasan binaan 1870 kaki persegi bagi setiap unit (4 bilik tidur / 3 bilik air) dan tanah ini adalah pegangan bebas.
  • Kesemua Rumah Teres Dua Tingkat ini telah habis dijual dan kunci diserahkan secara berperingkat mulai Julai 2020 lalu.
  • Hebahan Rumah Teres 2 Tingkat – Projek Sekata Villa diedarkan kepada anggota-anggota pada 24 Februari 2017 lalu.

RUMAH SELANGORKU (RSKU) – PANGSAPURI SEKATA SELANGORKU

  • Projek ini dibangunkan bersebelahan dengan projek Taman Saujana Sekata.
  • Pangsapuri ini telah memperolehi Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (Certificed of Completion & Compliance (CCC)) pada 20 Ogos 2021 daripada Majlis Perbandaran Sepang.
  • Selain itu, pangsapuri ini turut menerima Pemilikan Kosong Hakmilik Strata Yang Belum Dikeluarkan (Vacant Possession Without Strata Title) pada 1 Oktober 2021.
  • Pangsapuri ini berkeluasan 900 kaki persegi bagi setiap unit (3 bilik / 2 bilik air / 2 petak tempat letak kereta).
  • Sehingga kini, sebanyak 46 unit pangsapuri ini telah dijual (berbaki 1 unit) dan sebanyak 40 unit kunci telah diserahkan kepda pembeli.
  • Hebahan Rumah Selangorku – Projek Sekata Villa diedarkan kepada anggota-anggota pada 28 Julai 2017 lalu.

Bersama ini, disertakan gambar-gambar dan pautan Majlis Simbolik Penyerahan Kunci Pangsapuri Sekata Selangorku untuk makluman selanjutnya.

Pautan :-

Sekian, terima kasih.