MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS SEKATARAKYAT
Butiran Maklumat Majlis :-
- Tarikh : 23 September 2024 (Isnin) || Masa : 8.30 Pagi.
- Tempat :
Ruang Legar Tingkat 5
Menara Kembar Bank Rakyat
No.33, Jalan Rakyat KL Sentral
50470 Kuala Lumpur - Disempurnakan : Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan (Pengerusi SEKATARAKYAT)
ANUGERAH TERISTIMEWA JUBLI EMAS SEKATARAKYAT – BANK RAKYAT
- Penerima anugerah ini mempunyai hubungan yang berterusan dengan Sekatarakyat sepanjang 50 tahun kewujudan Sekatarakyat sejak penubuhan pada tahun 1974.
- Bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada Sekatarakyat meliputi :-
- Pinjaman modal permulaan pada tahun penubuhan Sekatarakyat ;
- Kemudahan potongan gaji bagi memudahkan anggota Sekatarakyat menguruskan pinjamannya di Sekatarakyat ;
- Kemudahan ruang pejabat di bangunannya bagi digunakan oleh Sekatarakyat secara percuma untuk urusan pentadbiran pada peringkat awal kewujudan Sekatarakyat ;
- Kemudahan penyewaan ruang tempat dan premis kepada Sekatarakyat bagi kegunaan Ibu Pejabat, Perniagaan Kafeteria, Kedai runcit dan Taska pada kadar sewaan yang menyenangkan ;
- Pemberian kemudahan pembiayaan berjangka berjumlah besar bagi kegunaan perniagaan Sekatarakyat ;
- kemudahan komunikasi melalui saluran emel bersepadu yang memudahkan Sekatarakyat menyebarkan maklumat secara terus tentang produk-produk dan perkembangan Sekatarakyat kepada anggotanya ; dan
- Penggunaan Sekatarakyat sebagai pembekal barangan dan perkhidmatan seperti pencucian pejabat, sajian makanan, peralatan teknologi maklumat dan telekomunikasi serta beberapa perkhidmatan lain.
ANUGERAH PENGHARGAAN JUBLI EMAS SEKATARAKYAT
- Penerima anugerah ini mempunyai hubungan baik dan significant menerusi pelbagai pertalian seperti projek usahasama, pembelian hartanah, perjanjian jual beli, pembiayaan bank, perkhidmatan profesional, perhubungan francais, penajaan acara dan sebagainya.
- Perhubungan Sekatarakyat dengan organisasi-organisasi ini tidak dinafikan telah menghasilkan faedah bersama (mutual benefits).
- Namun, Sekatarakyat tetap menyanjung tinggi perhubungan ini dan Hari Jubli Emas Sekatarakyat adalah masa terbaik untuk menyerlahkan sanjungan ini.
- Sebanyak 18 organisasi akan menerima Anugerah Jubli Emas Penghargaan iaitu :-
Bil | Nama Organisasi | Wakil Penerima |
---|---|---|
1 | Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) | Puan Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Institut Perbankan |
2 | Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB) | Puan Noor Adzidah Abdullah Ketua, Jabatan Perbankan Komersial |
3 | Affin Islamic Bank Berhad | Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Baharudin Ketua Pegawai Eksekutif |
4 | ANGKASA | Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Abdullah Presiden |
5 | Rakyat Management Services (RMS) Sdn. Bhd. | Tuan Haji Mohamad Azwani As’ad Ketua Pegawai Eksekutif |
6 | Yayasan Bank Rakyat | Encik Khairul Na’im Arifin Ketua, Pentadbiran Korporat |
7 | PTT Synergy Group Berhad | Encik Teo Swee Phin Pengarah Urusan Kumpulan |
8 | MRCB Seputeh Land Sdn. Bhd. | Encik Vicram Rao Abdullah Pengurus Kanan, Jualan & Pajakan |
9 | Tropicana Corporation Berhad | Puan Nora Azreen Kamar Pengarah Eksekutif |
10 | Goodmode Equity (GME) Sdn. Bhd. | Encik Chua Yong Sang Pengarah Urusan |
11 | IRMA Worldwide Holdings Sdn. Bhd. | Encik Ang Teck Seong Pengarah Urusan Kumpulan |
12 | Glomac Berhad | Encik FD Idzham Datuk Seri FD Iskandar Pengarah Eksekutif Kumpulan |
13 | Tetuan Frances, Hazlina & Partners | Dato’ Frances Peter Peguambela & Pengumcara |
14 | Tetuan Shafik, Sallehuddin & Kamal | Encik Kamal Basha Mohd Nasir Rakan Kongsi |
15 | Tetuan Azam Sofian & Co. | Encik Noor Azam Sofian @ Mohd Sofi Peguambela & Peguamcara |
16 | Takaful Ikhlas General Berhad | Encik Abu Bakar Sidiq Samsudin Pengarah Jualan |
17 | DGS Solution Sdn. Bhd. | Encik Daniel Lee Pengarah Jualan |
18 | Research Institute of Investment Analysts Malaysia | Tuan Haji Zait Isa Pengurus |
CENDERAMATA KHAS
- Encik Mohd Azuan Rizal Ibrahim
- Ketua Muzik Kumpulan Selendang Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
- Pengolah, Pembuat Rakaman Semula Lagu Jubli Emas Sekatarakyat, Pemilih dan Pembimbing Pasukar Koir Sekatarakyat.
- Puan Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman
- Pensyarah Kanan, Kolej Pengkomputeran Informatik & Matematik (KPPIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor.
- Penulis Utama & Editor Buku 50 Tahun Sekatarakyat.
- Puan Eny Musa
- Pembantu Pustakawan Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor
- Penulis Bersama Buku 50 Tahun Sekatarakyat