Skip to content

Kafeteria & Kedai

  1. Kafeteria

Perniagaan jualan makanan dan katering yang bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat dan Bangunan Bank Rakyat di Jalan Tangsi merupakan aktiviti perniagaan hidangan menu harian untuk sarapan pagi, tengah hari dan minum petang.  Aktiviti ini juga menerima tempahan katering untuk sebarang majlis keraian atau mesyuarat. Antara menu terbaru yang mendapat sambutan ialah Kari kepala Ikan Jalan Tangsi.

Kafeteria juga ada menawarkan jualan kuih raya dibawah penjenamaan Sekata Cookies.

Perniagaan kedai serbaneka yang beroperasi di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat dan Bangunan Bank Rakyat di Jalan Tangsi merupakan aktiviti perniagaan yang memberikan kemudahan kepada pelanggan dalam membekalkan barangan seperti minuman, makanan ringan, penjagaan diri, barangan keperluan wanita dan bayi serta lain-lain barangan.