MAJLIS MAKAN MALAM JUBLI EMAS SEKATARAKYAT
Butiran Maklumat Majlis :-
- Tarikh : 23 September 2024 (Isnin) || Masa : 8.00 Malam.
- Tempat :
Dewan Tun Abdul Razak
Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat
No.33, Jalan Rakyat KL Sentral
50470 Kuala Lumpur - Disempurnakan : Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan (Pengerusi SEKATARAKYAT)
Sekatarakyat telah menyampaikan Anugerah Utama bagi 6 Kategori iaitu :-
- Anugerah Anggota Pertama Tahun 2024
- Anugerah Khidmat Setia Mantan Kakitangan Sekatarakyat
- Anugerah Anggota Aktif Sepanjang Zaman
- Anugerah Khidmat Setia Keanggotaan
- Anugerah Pencetus Sekatarakyat
- Anugerah Perwakilan Aktif
KATEGORI PERTAMA – [ANUGERAH ANGGOTA PERTAMA TAHUN 2024]
-> Anugerah ini diberikan kepada anggota pertama yang mendaftar dan diluluskan menjadi ahli koperasi pada tahun ini, yang menandakan kesinambungan tradisi keanggotaan yang telah terbina sejak lima dekad lalu.
-> Kehadiran beliau ke dalam keluarga besar Sekatarakyat pada awal tahun ini bukan sahaja menandakan penambahan satu lagi anggota, tetapi juga menjadi simbolik kepada kesinambungan dan kelangsungan kejayaan koperasi ini untuk terus maju ke hadapan. Seperti mana setiap anggota yang pertama menyumbang kepada kejayaan awal koperasi, kami yakin beliau juga akan menjadi sebahagian daripada kejayaan koperasi pada masa akan datang.
-> Anugerah Anggota Pertama ini melambangkan semangat baharu yang terus membara dalam koperasi Sekatarakyat, yang telah berkhidmat dengan komitmen dan kejujuran selama 50 tahun. Setiap anggota baharu, seperti beliau, adalah tonggak yang akan menggerakkan kita ke masa depan yang lebih cerah.
-> Penerima Anugerah Anggota Pertama Tahun 2024, iaitu Encik Mohd Saiful Yamba dengan nombor keanggotaan 9046, yang secara rasmi telah menjadi anggota pada 2 Januari 2024.
KATEGORI KEDUA – [ANUGERAH KHIDMAT SETIA MANTAN KAKITANGAN SEKATARAKYAT]
-> Pemenang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang luar biasa sepanjang berkhidmat di Sekatarakyat.
-> Beliau memulakan kerjaya di Sekatarakyat pada 23 September 1981 dan bersara pada 2 April 2015. Jasa beliau selama 34 tahun yang dicurahkan kepada Sekatarakyat amat bernilai sehingga kini dan selamanya.
-> Dengan rasa duka yang mendalam, pemenang Anugerah Khidmat Setia Mantan Kakitangan Sekatarakyat, kami mengumumkan bahawa Allahyarhamah Norhaizan Sulieman Dengan nombor keanggotaan 2742 telah meninggalkan kita pada 30 Ogos 2024 lepas.
KATEGORI KETIGA – [ANUGERAH ANGGOTA PALING AKTIF SEPANJANG ZAMAN]
-> Pengiktirafan kepada individu yang telah menunjukkan semangat dan dedikasi yang luar biasa dalam menyokong Sekatarakyat. Beliau tidak pernah lekang daripada menggunakan perkhidmatan Sekatarakyat terutamanya dalam pembaharuan takaful kenderaannya. Sekiranya beliau memerlukan keperluan harian, pastinya beliau akan mencari Kedai Serbaneka Sekatarakyat dan sekiranya beliau ingin makan atau minum pasti Kafeteria Sekatarakyat yang akan dituju.
-> Beliau sentiasa tampil ke hadapan dalam menyokong matlamat Sekatarakyat disamping melanggan pembiayaan di Sekatarakyat, beliau juga mempunyai simpanan yang tinggi di Sekatarakyat. Tanda penghargaan kepada Tuan Haji Nizam Abu Samah (No. Keanggotaan 1831).
KATEGORI KEEMPAT – [ANUGERAH KHIDMAT SETIA KEANGGOTAAN]
-> Anugerah ini diwujudkan bagi memberikan pengiktirafan kepada individu yang telah menunjukkan semangat kesetiaan yang tinggi dan masih bersama Sekatarakyat sejak daripada titik penubuhannya sehingga kini.
-> Beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam Jawatankuasa Penubuhan Sekatarakyat dan pernah menjadi Anggota Lembaga Pengarah serta Anggota Perwakilan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Sekatarakyat. Beliau sentiasa mengambil maklum perkembangan Sekatarakyat dan memberikan komen-komen positif bagi membantu perkembangan Sekatarakyat.
-> Beliau ialah Tuan Haji Zainal Abidin Nordin dengan nombor keanggotaan enam (6).
-> Namun, beliau tidak dapat bersama-sama kita dalam majlis yang penuh bersejarah pada malam tersebut disebabkan atas faktor kesihatan dan beliau baru sahaja menjalani pembedahan lutut. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
KATEGORI KELIMA – [ANUGERAH PENCETUS SEKATARAKYAT]
-> Beliau telah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Penubuhan Awal, atau Protem, di mana sumbangan dan dedikasinya telah menjadi asas bagi kejayaan organisasi ini pada hari ini.
-> Beliau juga telah memegang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah ketika menjadi sebahagian daripada Protem penubuhan Sekatarakyat, dengan daya usaha tinggi bagi memastikan Sekatarakyat terus berkembang dengan kukuh.
-> Sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan usaha gigih beliau, kami dengan sukacitanya menyampaikan Anugerah Pencetus Sekatarakyat kepada Puan Fatimah Mohd Seth, nombor keanggotaan 458, atas dedikasi yang tidak ternilai dalam perjalanan penubuhan Sekatarakyat.
KATEGORI KEENAM – [ANUGERAH PERWAKILAN AKTIF]
-> Anggota ini menjadi perwakilan selama 13 tahun iaitu bermula dari tahun 1982 sehingga tahun 1985 dan dari tahun 2016 sehingga 2024.
-> Beliau sering menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan yang diadakan oleh Sekatarakyat. Beliau sering memberi idea-idea serta buah fikiran yang bernas bagi membantu memajukan Sekatarakyat. Seorang yang bersopan santun dan peramah serta sentiasa ceria dalam kalangan anggota Sekatarakyat.
-> Beliau juga sangat aktif dalam menghadiri majlis-majlis rasmi Sekatarakyat dan menyokong perniagaan-perniagaan Sekatarakyat.
-> Pemenang Anugerah Perwakilan Aktif iaitu Puan Hajah Siti Zaliha Sopar (No. Keanggotaan 137).
ANUGERAH PENGHARGAAN – MANTAN ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH
- Salah satu faktor kejayaan dan kecemerlangan Sekatarakyat selama 50 tahun dari 1974 hingga 2024 adalah kerana tadbir urus yang cekap dan berkesan dari barisan Anggota Lembaga Pengarah.
- Sepanjang 50 tahun penubuhan, Sekatarakyat telah ditadbir seramai 54 orang Anggota Lembaga Pengarah berdasarkan komposisi jawatan tersebut mengikut Undang-Undang Kecil Sekatarakyat.
- Walaupun mereka mempunyai kerja hakiki, tetapi mereka ini sanggup memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah Sekatarakyat untuk mentadbir dan memberi bimbingan kepada pengurusan untuk menjalankan tanggungjawab kepada anggota-anggota Sekatarakyat.
- Seramai 12 orang Mantan Anggota Lembaga Pengarah yang dapat hadir ke majlis tersebut. Manakala selebihnya tidak dapat bersama-sama kerana atas faktor kesihatan atau mempunyai urusan lain serta sebahagiannya telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Marilah bersama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhamah Mantan Anggota Lembaga Pengarah.
- Penerima Anugerah Penghargaan kepada [12] Mantan Anggota Lembaga Pengarah :-
- Tuan Haji Ahmad Kidzbullah Ridzuan – 3 tahun
- Puan Hajah Anoor Faridah Ngah – 9 tahun
- Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad – 15 tahun
- Puan Hajah Fatimah Mohd Seth – 4 tahun
- Tuan Haji Mohd Thuairi Mohamad Tayeb – 3 tahun
- Tuan Haji Mohd Badri Osman – 1 tahun
- Tuan Haji Mua’anaff Abdul Latif – 3 tahun
- Tuan Haji Najib Fahmy Hamzah – 1 tahun
- Puan Hajah Normala Mohd Yunus – 9 tahun
- Puan Hajah Rozarina Shahri – 1 tahun
- Encik Suhaimi Che Omar – 7 tahun
- Tuan Haji Suhaimi Omar – 5 tahun