KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD

 

Pembiayaan Kepada Anggota-Anggota

Aktiviti pembiayaan kepada anggota-anggota masih kekal sebagai tunjang nadi kepada perniagaan Sekatarakyat sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1974 dengan sokongan jitu yang telah diberikan oleh kesemua anggotanya. Sehingga 31 Disember 2015, Sekatarakyat telah menerima dan memproses sebanyak 2,746 permohonan daripada anggota-anggota berjumlah RM135 juta berbanding RM111.3 juta daripada 2,437 permohonan dalam tahun 2014.

Dalam tahun 2015, sebanyak RM124 juta pembiayaan telah dikeluarkan atas 2,698 permohonan yang telah diluluskan berbanding RM105.8 juta pembiayaan atas 2,938 permohonan dalam tahun 2014. Pembiayaan tersebut merangkumi beberapa jenis pembiayaan yang ditawarkan seperti pembiayaan tunai, pembiayaan skim belian plus, pembiayaan kenderaan dan lain-lain jenis pembiayaan. Pendapatan yang diperolehi dari pembiayaan sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM21.6 juta, iaitu hampir 45.3% dari jumlah keseluruhan pendapatan sebanyak RM47.7 juta berbanding sebanyak RM20 juta pada masa yang sama dalam tahun 2014.

Pertambahan bilangan anggota Sekatarakyat seramai 266 orang, meningkat dari 4,203 orang anggota pada tahun 2014 kepada 4,413 orang anggota pada tahun 2015 turut menyumbang kepada kenaikan pendapatan. Sebagai langkah untuk sentiasa berfikiran dan mempunyai visi yang terkehadapan, Sekatarakyat akan terus mempelbagaikan pembiayaan-pembiayaan baru supaya selaras dengan keperluan semasa anggota-anggota di masa hadapan bagi meningkatkan lagi pendapatan dari untung atas pembiayaan bersesuaian dengan keadaan kewangan Sekatarakyat pada masa tersebut.

Pautan

irakyat

bankrakyat

arrahnu

Hubungi Kami

Tingkat 2A, Menara 2
Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat,
50470 Kuala Lumpur
No. Telefon :
           03-22733314
           03-22733315
           03-22733609
No.Faks :
           03-22741314

Facebook

Pelawat

Today 7
Yesterday72
This week 154
Last week 659
This month 956
Last month 2701
All days 26420