KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD

 

glomac

Pembelian bangunan daripada pemilik asal iaitu Glomac Realty Sdn Bhd (GRSB) merangkumi pejabat 9 tingkat beserta 321 petak tempat letak kereta yang dikenali sebagai Wisma Glomac telah dibeli pada 7 Ogos 2009 dengan harga RM22.6 juta.

Setiap unit di bangunan ini telah  disewa sepenuhnya oleh syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa termasuk Bank Rakyat Cawangan Kelana Jaya.

Pembelian bangunan ini telah dikaji dan merupakan peluang kepada SEKATARAKYAT untuk memiliki hartanah yang baik dengan memberikan keuntungan yang tinggi. Secara keseluruhannya pendapatan bulanan yang diterima adalah sebanyak RM127,062.60 sebulan

Premis yang terletak di No. 326 & 327 , Jln Bandar Melawati, Melawati Square dibeli pada awal tahun 2010 dengan harga RM2.9 juta daripada Rakyat Holdings Sdn Bhd.

Berdasarkan kedudukan bangunan yang strategik di Melawati Square dan peningkatan nilai pasaran di kawasan tersebut , pembelian ini dijangka dapat meningkatkan nilai aset SEKATARAKYAT pada masa hadapan.

Premis 4 tingkat ini disewa sepenuhnya oleh Bank Rakyat Cawangan Melawati dengan memberikan pendapatan sewa bulanan sebanyak RM19,000.0.

Projek Space U8 ini dibangunkan oleh Syarikat Mainstay Development Sdn Bhd iaitu subsidiari kepada Mainstay Holdings Sdn Bhd. Syarikat tersebut diketuai oleh sekumpulan multi disiplin professional yang mempunyai pengalaman selama 100 tahun dalam mengendalikan syarikat-syarikat yang disenaraikan di bursa saham serta pemaju hartanah.

Hartanah yang terletak di No.6, Persiaran Pasak Bumi, Seksyen U8, Tmn Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor ini dibangunkan dengan menggunakan konsep SUMO iaitu Shop Unit Mall Office yang menjanjikan kesemua persekitaran perniagaan dan hiburan berbentuk kontemporari di bawah satu bumbung. Projek ini mengandungi 58 unit rumah kedai 4 tingkat di dalam saiz iaitu 46 unit tengah, 8 end unit dan juga 4 corner unit.

SEKATARAKYAT telah pun membeli 3 Blok daripada projek tersebut di mana setiap satu blok mempunyai 4 tingkat yang bernilai RM8.3 juta pada 2009.

Projek yang kini telah siap 92% dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mei ini menjanjikan pulangan 6% setahun atas harga jualan bagi 2 tahun pertama kepada SEKATARAKYAT. Oleh yang demikian, pendapatan yang boleh diperolehi di atas pelaburan untuk 2 tahun pertama adalah sebanyak RM1,007,136.00 .

Projek pembangunan kompleks Space U8 ini juga turut dilengkapi dengan pawagam MBO , pusat bowling  , medan selera , surau , pusat IT , medan bersiar-siar dan pusat membeli-belah Metrojaya.

Pada  awal tahun 1999  ,SEKATARAKYAT telah melabur sejumlah RM 373,001.00  bagi memiliki premis rumah kedai  yang kini disewakan dengan kadar RM 4,800.00 sebulan  kepada Bank Rakyat yang beroperasi  sebagai  cawangan  Jitra  beralamat di No 102, Jalan PJ3,06000 Jitra Kedah Darul Aman.

Rumah Kedai SEKATARAKYAT ini telah disewakan kepada Bank Rakyat Cawangan Jitra mulai tahun 1999 sehingga kini.

Pada awalnya , pembelian rumah kedai ini dibiayai oleh Bank Rakyat Jalan Tangsi. Walaubagaimanapun , pembiayaan telah dilunaskan sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun.

SEKATARAKYAT telah membeli sebidang tanah yang telah ditukar syarat daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman berkeluasan 138,885 kaki persegi di Mukim Dengkil , Daerah Sepang , Selangor pada 17 Mei 2004 dengan harga RM1.42 juta. Walaubagaimanapun , kos pembelian meningkat kepada RM2.08 juta setelah melibatkan kos pembangunan infrastruktur.

SEKATARAKYAT telah menjalinkan usahasama dengan Syarikat Mainstay Development Sdn Bhd bagi membangunkan tanah dengan membina 20 unit banglo yang kini dalam proses penyediaan pelan oleh pihak konsultan. Projek ini dijangka berjalan pada suku kedua 2011 dan akan siap dalam tempoh 18 bulan dari tarikh kerja-kerja dijalankan.

SEKATARAKYAT telah menyewa sebuah premis untuk dijadikan pejabat operasi di tingkat bawah dan tingkat 1 milik Bank Rakyat di Kampung Attap bermula  tahun 1994 selepas berpindah daripada Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi.

Pada tahun 2008 SEKATARAKYAT telah berpindah ke tingkat 2 dan tingkat 3 di premis yang sama dimana tingkat 2 menempatkan ruang pejabat manakala tingkat 3 menempatkan bilik mesyuarat dan ruang tetamu. Manakala tingkat bawah dan tingkat 1 diserahkan kembali kepada pihak Bank Rakyat.

Pada tahun 2010, SEKATARAKYAT telah memohon kepada Bank Rakyat untuk membeli premis 4 tingkat tersebut dan pihak Bank Rakyat telah bersetuju menawarkan harga jualan sebanyak RM1.27 juta. Sekatarakyat juga dalam usaha mendapatkan pembiayaan Tabung Modal Pusingan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kadar yang rendah berbanding tawaran bank komersial.

Pautan

irakyat

bankrakyat

arrahnu

Hubungi Kami

Tingkat 2A, Menara 2
Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat,
50470 Kuala Lumpur
No. Telefon :
           03-22733314
           03-22733315
           03-22733609
No.Faks :
           03-22741314

Facebook

Pelawat

Today 82
Yesterday76
This week 347
Last week 685
This month 1975
Last month 2763
All days 24738