KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD

 

Selepas 35 tahun beroperasi, SEKATARAKYAT telah melakar satu lagi kejayaan dengan pembukaan Kedai Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu X’Change yang telah memulakan operasinya pada 18 Mei 2009.

Konsep perniagaan ini adalah berlandaskan syariah dengan tujuan utama untuk menghapuskan riba dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional.

Ar-Rahnu ini merupakan alternatif yang disediakan oleh SEKATARAKYAT untuk pelanggan mendapat pinjaman kewangan dengan membuat gadaian emas mengikut kaedah syariah.Selepas hampir 2 tahun penubuhannya, perniagaan ini menunjukkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan dari setahun ke setahun.

Pada tahun 2010, Ar-Rahnu ini telah menyumbangkan pendapatan kepada SEKATARAKYAT sebanyak RM138,401.00 berbanding RM125,673.00 pada tahun 2009. Peningkatan ini memberi gambaran bahawa skim ini lebih diterima oleh masyarakat berbanding dengan skim konvensional. Ia juga memberi kesedaran bahawa skim berlandaskan Islam lebih berkesan dan InsyaAllah mendapat keredhaan Allah.

Di samping itu, kawalan dari segi keselamatan juga dipertingkatkan dengan pemasangan CCTV dan alat penggera yang mana beroperasi 24 jam. SEKATARAKYAT juga sentiasa mengadakan pengauditan bagi mengelakkan sebarang  penipuan atau kejadian yang tidak diingini.

Oleh yang demikian, Ar-Rahnu X’Change pastinya akan menjadi wadah yang paling sesuai untuk mereka membuat gadaian dan mendapat pinjaman kewangan seterusnya menjadi salah satu sumber pendapatan SEKATARAKYAT untuk jangka masa panjang.

 

Buat pertama kalinya, SEKATARAKYAT telah menceburi perniagaan makanan dengan pengambilalihan kafetaria di Bangunan Bank Rakyat , Jln Tangsi. Meskipun bidang ini sesuatu yang baru dan memerlukan pengalaman tertentu tetapi pihak SEKATARAKYAT telah menyahut cabaran menceburi perniagaan ini.

Pada bulan September 2010, Kafetaria SEKATARAKYAT mula beroperasi dengan menyediakan menu untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Pelanggan-pelanggan terdiri daripada wargakerja Bank Rakyat dan orang awam yang bekerja di kawasan sekitarnya.

Sungguhpun baru beroperasi, ternyata Kafetaria SEKATARAKYAT menjadi kunjungan ramai dengan menghasilkan pendapatan kasar pada tahun 2010 sebanyak RM242,189.00. Bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa memenuhi selera serta kemahuan pelanggan, promosi seperti ‘ Menu Istimewa Hari Ini’ diadakan pada hari-hari tertentu. Ternyata ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

kafeteria

Selain itu, perkhidmatan katering juga disediakan untuk majlis-majlis seperti Jamuan Hari Raya , Majlis Tahlil, Kuliah Zohor serta mesyuarat-mesyuarat pengurusan di Bank Rakyat.

SEKATARAKYAT juga mengambil langkah dengan membuat kaji selidik di kalangan pelanggan-pelanggan untuk memastikan mutu perkhidmatan sentiasa mencapai tahap yang cemerlang. Semakan harga dari masa ke semasa dilakukan bagi memastikan harga yang ditawarkan amat  berpatutan.

Dengan pelbagai usaha dan projek yang dirancang, Kafetaria pastinya akan dapat memberi sumbangan pendapatan yang tinggi kepada SEKATARAKYAT pada tahun-tahun mendatang dan seterusnya keuntungan ini akan dikembalikan kepada anggota. Oleh yang demikian, amatlah diharapkan anggota bersama-sama menyokong dan membantu Kafetaria dalam merealisasikan harapan ini.

Skim jualan barangan melalui kad kredit-i Bank Rakyat mula disertai oleh SEKATARAKYAT pada tahun 2009. SEKATARAKYAT telah bekerjasama dengan pembekal-pembekal barangan yang terpilih untuk membekalkan produk-produk seperti telefon bimbit, barangan elektrik dan elektronik,penapis air serta alat-alat kosmetik dan kecantikan kepada para pemegang kad kredit-i Bank Rakyat, di mana para pemegang kad diberi kemudahan untuk membeli barangan secara kredit menerusi program Skim Bayaran Ansuran Mudah.

Pelanggan yang membeli menerusi kad kredit dikecualikan dari membayar kadar keuntungan tambahan keatas barangan yang dibeli. Program ini akan ditawarkan melalui 4 peringkat dalam tempoh setahun dengan tawaran produk yang berbeza untuk setiap peringkat.

SEKATARAKYAT telah berkerjasama dengan pihak pembekal  iaitu MEASAD dalam menyediakan laman web www.sekataplus.com.my. Laman web ini terbuka kepada anggota SEKATARAKYAT dan pelanggan Bank Rakyat untuk melihat produk yang ditawarkan tersebut.

Skim Belian Plus menawarkan kepada  anggota yang berminat membeli produk pada harga minimum RM500 mengikut had kelayakan masing-masing.

Walaubagaimanapun, anggota masih boleh mendapatkan barangan selain daripada barangan yang ditawarkan oleh Sekatarakyat daripada pembekal luar dengan dikenakan sedikit komisen ke atas bayaran berkenaan.

Sejak dari tahun 1990 , SEKATARAKYAT telah  dilantik dengan rasmi sebagai Agen korporat bagi menyediakan kemudahan  perlindungan Takaful  seperti :

  1. Takaful kenderaan.
  2. Takaful rumah.
  3. Takaful berkelumpuk.
  4.  Takaful gadai janji.
  5. Takaful  Warga Emas

Walau bagaimanapun mulai Julai 2007 SEKATARAKYAT tidak lagi menguruskan urusan perniagaan  takaful berkelompok  bagi Bank Rakyat berikutan polisi  Bank Rakyat yang memutuskan untuk  menguruskan sendiri perniagaan takaful tersebut.

Dalam  memberikan perkihdmatan yang terbaik kepada anggota-anggotanya SEKATARAKYAT kini telah  menyediakan skim  pembiayaan takaful kenderaan secara ansuran selama 10 bulan tanpa mengenakan  sebarang caj keuntunga.

Bagi anggota yang membuat bayaran premium  takaful kenderaan  secara tunai , diskaun sebanyak  5% diberikan daripada jumlah premium takaful berkenaan.

 

SEKATARAKYAT mula menceburi bidang kerja-kerja perkhidmatan pembersihan pejabat di cawangan-cawangan Bank Rakyat dan kedai Ar-Rahnu mulai Jun 2008 dengan  usahasama dengan kontraktor-kontraktor pembersihan yang terpilih. Kontraktor-kontraktor ini dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.

Pakej perkhidmatan yang ditawarkan oleh SEKATARAKYAT merangkumi:-

    1. Pembersihan Harian. 
      • Pembersihan pejabat dan ‘common area’.

 

    1. Pembersihan Berjadual.
      • Shampu Karpet – 3 kali setahun.
      • Mengilatkan lantai (Floor Polishing)- 3 kali setahun.
      • Pembersihan Cermin/ Dinding (luaran) – 2 kali setahun.
      • Cuci Signage (luaran) – 2 kali setahun

 

    1. Membekal peralatan ‘Washroom Hygiene and Deodorisation Product’.
      • ‘Pearlised Disinfectant Handsoap’.
      • ‘Air Freshner’.
      • ‘Lady Sanitary Bin.

 

  1. Menempatkan kakitangan yang terlatih secara sepenuh masa di premis berkenaan.
  2. Menyediakan ‘Mobile Team’ yang akan membuat kerja-kerja pembersihan berjadual di  setiap premis.

Sehingga tahun 2010, sebanyak 124 cawangan Bank Rakyat dan Kedai Ar Rahnu yang meliputi Semenanjung Malaysia , termasuk Sabah dan Sarawak, telah menggunakan perkhidmatan pembersihan di bawah kelolaan Sekatarakyat.

Tahun 2010 juga menyaksikan penglibatan SEKATARAKYAT dalam kerja-kerja perkhidmatan penyelenggaraan sistem penghawa dingin secara berkala di Cawangan-Cawangan Bank Rakyat. Kerja-kerja penyelenggaraan ini dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak SEKATARAKYAT sendiri yang mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja penyelenggaraan sistem penghawa dingin di bangunan-bangunan kerajaan dan swasta.

Setakat ini, kerja-kerja penyelenggaran dijalankan di cawangan Bank Rakyat Jalan Tangsi, Raub, Bandar Tun Razak dan Kajang. Diharapkan, dimasa-masa akan datang, SEKATARAKYAT dapat mengembangkan lagi perkhidmatan penyelenggaraan ini bukan sahaja meliputi cawangan-cawangan Bank Rakyat , malah kepada pihak-pihak luar yang berminat.

Penyewaan tapak mesin ATM (Automated Teller Machine) adalah satu lagi cabang perniagaan yang dijalankan oleh SEKATARAKYAT.  Buat permulaan, mesin ATM ini ditempatkan di premis Ar-Rahnu PJ Old Town mulai September 2009 dengan bayaran sewa sebanyak RM200.00 sebulan. Adalah diharapkan agar penyewaan tapak ini diteruskan lagi di premis-premis milik SEKATARAKYAT yang bersesuaian pada masa akan datang.

Pautan

irakyat

bankrakyat

arrahnu

Hubungi Kami

Tingkat 2A, Menara 2
Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat,
50470 Kuala Lumpur
No. Telefon :
           03-22733314
           03-22733315
           03-22733609
No.Faks :
           03-22741314

Facebook

Pelawat

Today 9
Yesterday72
This week 156
Last week 659
This month 958
Last month 2701
All days 26422