KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD

 

ar rahnu

Kedai Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu X'Change
No. 23 Jln Othman,
46000 Petaling Jaya, Selangor.
No. Tel : 03-7781 4878
No. Faks : 03-7781 5878

Kami di Ar-Rahnu X’Change sentiasa memahami keperluan kewangan anda selain menghargai nilai barang kemas sebagai lambang hasil usaha gigih anda. Skim pajak gadai Islam kami menjanjikan suasana gadaian yang selesa, selamat dan mesra pelanggan selain menawarkan margin gadaian yang tinggi untuk memenuhi keperluan tunai anda.

Biarkan sesuatu yang bernilai dan sukar untuk anda perolehi membantu di saat anda memerlukan.

KONSEP

  • Al-Qardhul Hasssan (pinjaman kebajikan)
  • Al-Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
  • Al-Ujrah (upah)

KEISTIMEWAAN

  • Pajak gadai ini bebas daripada unsur riba.
  • Tiada yuran proses.
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dan diinsuranskan.
  • Semua urusan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik khas.
  • Margin gadaian yang tinggi.

SYARAT-SYARAT GADAIAN

  • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan pemastautin tetap.
  • Bayaran balik boleh dibuat sekali gus atau ansuran.

HAD GADAIAN

  • Ar-Rahnu maksimum Rm10,000.00 seharai sehiongga jumlah terkumpul maksimum RM50,000.00.
  • Az-Zahab minimum RM10,001.00 sehari sehingga jumlah terkumpul maksimum RM100,000.00.

TEMPOH GADAIAN

  • Ar-Rahnu maksimum 6 bulan dengan tempoh lanjutan (boleh dirunding).
  • Az-Zahab maksimum 3 tahun jika bayaran secara ansuran atau bayaran sekali gus.

 

mineral 1

Air Mineral Semulajadi Berlabel  SEKATARAKYAT  telah memperolehi  lesen KKM 163 (24/J/3) dan sijil HACCP sejak awal pengeluarannya iaitu pada tahun 2007. Air mineral ini juga  disahkan HALAL oleh JAKIM.

Semenjak pengeluarannya, pihak koperasi telah mengedarkan air mineral ini kepada Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan Bank Rakyat serta kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang berminat terhadap produk air mineral berlabel SEKATARAKYAT ini pada harga yang amat berpatutan.

Cabang perniagaan SEKATARAKYAT diteruskan dengan menceburi industri penternakan Burung Walit dengan pembelian 150 rumah burung bernilai RM460,000.00 daripada pemaju Seal Ventures Sdn Bhd yang terletak di Krai Eco Park, Kuala Krai, Kelantan.

Untuk menggalakkan anggota menceburi industri yang sangat berpotensi ini, SEKATARAKYAT telah menawarkan setiap unit dengan harga RM6,000.00 kepada anggota melalui produk pembiayaan yang menarik.

Pulangan 6% setahun dijamin untuk tahun kedua, ketiga dan keempat. Manakala pulangan dijangka melebihi 6% setahun selepas tahun keempat dan melebihi 100% setahun mulai tahun kelapan.

Nescaya, penglibatan ini merupakan perancangan jangka masa panjang untuk keuntungan maksimum kepada SEKATARAKYAT amnya dan anggota yang menyertai khasnya.

SEKATARAKYAT juga turut menawarkan perkhidmatan langganan mesin ‘Hot & Cold Water Dispenser’ untuk kegunaan warga kerja Bank Rakyat. Air yang dibekalkan menggunakan teknologi ‘Reserve Osmosis’ iaitu  air yang dihasilkan  adalah bebas dari kandungan mineral yang sesuai diminum oleh individu –individu yang berpenyakit terutamanya.

Perkhidmatan ini dimulakan pada tahun 2007 hasil usahasama SEKATARAKYAT dengan sebuah  syarikat milik 100% bumiputra yang menggunakan jenama ‘Regal Water’. Sehingga kini sebanyak 52 unit mesin ini telah pun dipasang, meliputi  Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan Bank Rakyat seperti Kajang, Jalan Pinang, Shah Alam, PJ State, Bangsar Baru dan Shah Alam Seksyen 23.

Pada tahun 2010, SEKATARAKYAT mula bekerjasama dengan pihak Woongjin Coway (M) Sdn Bhd bagi memperkenalkan produk jenama Coway kepada pihak Bank Rakyat. Produk berjenama Coway telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan produk-produk yang dihasilkan adalah amat berkualiti tinggi.

Oleh itu, SEKATARAKYAT tidak teragak-agak untuk memperkenalkan jenama ini, sekaligus memasang produk jenama Coway ini di Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan Bank Rakyat yang berminat. Dua produk yang diperkenalkan adalah  penulen udara jenis Lombok (Model AP-1503CH) dan penapis air jenis Metro (Model CHP-04AL).

Sehingga Disember 2010, sebanyak 22 cawangan Bank Rakyat yang telah pun dipasangkan  dengan produk  Coway ini. Harga sewaan sebulan bagi setiap produk di atas adalah RM130.00 bagi penapis air dan RM100.00 bagi penulen udara.

SEKATARAKYAT menjadi agen menjual produk kolostrum yang berjenama Alpha Lipid Lifeline keluaran Syarikat New Image, New Zealand mulai 7 Julai 2009. Susu Alpha Lipid  ini  mengandungi kolostrum, iaitu merupakan susu awal lembu yang mempunyai banyak khasiat tertinggi immunoglobulin yang berfungsi membina tahap imun dalam tubuh manusia.

Sepanjang tahun 2010, jualan susu sebanyak 148 tin telah pun dijual kepada anggota-anggota SEKATARAKYAT dan harga jualan yang dikenakan adalah sebanyak RM130.00 setin berbanding harga pasaran sebanyak RM180.00 setin.

Pautan

irakyat

bankrakyat

arrahnu

Hubungi Kami

Tingkat 2A, Menara 2
Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat,
50470 Kuala Lumpur
No. Telefon :
           03-22733314
           03-22733315
           03-22733609
No.Faks :
           03-22741314

Facebook

Pelawat

Today 83
Yesterday76
This week 348
Last week 685
This month 1976
Last month 2763
All days 24739