KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD

 

KALENDAR ACARA SEPANJANG TAHUN 2015

Bermula dari bulan Januari sehingga bulan Disember 2015, Sekatarakyat tidak lekang dari menganjurkan pelbagai aktiviti serta majlis seperti sambutan perayaan, pembukaan kedai ArRahnu baru dan sebagainya. Pelbagai objektif yang boleh dicapai dengan mengadakan aktivitiaktiviti sebegini seperti dapat mengeratkan silaturahim, mendapatkan peluang perniagaan baharu dan pelbagai lagi.

Bermula pada bulan Februari 2015, seperti saban tahun yang sebelumnya, barisan AhliLembaga Pengarah (ALP) serta barisan pengurusan Sekatarakyat telah menjalankan MesyuaraAgung Perwakilan kali ke-19 dengan jayanya. Selepas Mesyuarat Agung Perwakilan 201tersebut dilaksanakan, terdapat banyak lagi aktiviti serta majlis yang berjalan sepanjang tahun 2015. Di antara majlis yang telah dijalankan adalah majlis meraikan anggota bersara, majliDoa Selamat serta Perasmian Pembukaan Cawangan Ar-Rahnu X’Change Bandar Kinraramajlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekatarakyat, Penganjuran Acara Pencarian Harta KarunMajlis Jamuan Makan Malam Kakitangan dan Majlis Doa Selamat Penubuhan Taska Nuri.

Segala kerja keras serta penat lelah terpaksa dilalui oleh semua pihak terutamanya ALP, pengurusan serta kakitangan bagi menjayakan satu-satu aktiviti atau majlis yang dijalankan. Syukur ke hadrat Allah kerana segala aktiviti atau majlis yang dirancang tidak pernah menemui kegagalan.

Dengan berbekalkan pengalaman serta kemahiran yang tinggi dari semua pihak, Insyaallah sekali lagi pada tahun 2016 ini, barisan ALP dan pengurusan telah merancang pelbagai aktiviti yang lebih menarik untuk dijalankan pada tahun ini. Sekatarakyat kini berharap pelbagai pihak terutamanya anggota-anggota sendiri dapat memberi sokongan penuh dan padu bagi menjalankan sebarang aktiviti demi kebaikan dan keuntungan bersama.

 

Pautan

irakyat

bankrakyat

arrahnu

Hubungi Kami

Tingkat 2A, Menara 2
Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat,
50470 Kuala Lumpur
No. Telefon :
           03-22733314
           03-22733315
           03-22733609
No.Faks :
           03-22741314

Facebook

Pelawat

Today 8
Yesterday78
This week 86
Last week 459
This month 897
Last month 2646
All days 19559